The poem by The president of Teras Pengupayaan Melayu (Teras) and Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Azmi Hamid is dedicated to Muhammad Adib Mohd Kassim.
The poem by The president of Teras Pengupayaan Melayu (Teras) and Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Azmi Hamid is dedicated to Muhammad Adib Mohd Kassim.

KUALA LUMPUR: The passing of Muhammad Adib Mohd Kassim on Sunday night was a sad day for Malaysians.

He sustained severe injuries after he was set upon in a riot at the Seafield Sri Maha Mariamman Temple in Subang Jaya on Nov 27 and for the last three weeks was fighting for his life at the National Heart Institute (IJN).

The death of the fireman from the Subang Jaya Fire and Rescue Service Unit's Emergency Service Unit (EMRS) attracted the attention of all Malaysians, who were saddened by his death.

The president of Teras Pengupayaan Melayu (Teras) and Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Azmi Hamid, was no exception and produced a poem, dedicated to the late Muhammad Adib.

It goes as follows:

Maafkan kami, Adib

Adib,

Namamu tak pernah disebut-sebut,

Hanya ayah, ibu, saudara dan tunangmu yang menyambut,

Tiap kali engkau pulang setelah bertugas,

tunangmu mungkin terasa ingin mengikut,

Berjanji satu hari nanti kamu bersamanya akan hidup

sehingga tibanya maut

Adib,

Kamu tidak sesekali menyangka,

Terperangkap dalam sengketa,

Yang kamu tahu hanya menyahut panggilan

untuk bertugas tanpa bertanya,

Apakah tugas biasa ataukah merbahaya

Adib,

Seluruh negara tiba-tiba tersentak mendengar berita,

Engkau bergelut untuk menyelamatkan nyawa,

Rupanya bila manusia hilang timbang rasa,

Engkau pula yang menjadi mangsa

Adib,

Negara ini telah ditatang untuk anak muda seperti kamu,

Agar diwarisi sehingga ke anak cucu,

Yang berlain kaum, agama dan hidup berukun damai, itulah pesan ibu,

Jangan sekali-kali engkau sia-siakan tanah air ini milik bangsamu

Adib,

Air mata kami mengalir mengenangkan derita yang kamu lalui,

Kenapa nyawamu tidak dihargai,

Bukankah kita berjanji hidup bersama di tanah pertiwi ini,

Bumi bertuah tempat lahirmu menjadi saksi,

Adib,

Kamu hanyalah seorang warga yang mahu hidup biasa,

Negara yang makmur ingin dinikmati bersama,

Tidak ada yang harus berprasangka dan mencuriga,

Si Mamat, si Ah Chong, si Ramasami, bukankah rakan kita belaka

Adib,

Engkau dipaksa membayar harga dari sebuah pertelingkahan,

Mereka tidak kisah untuk apa harus berbunuhan,

Peduli apa kepada negara dan warga yang akan berberontakan,

Asal puas mendapat upah yang hanya seratus dua yang memalukan

Adib,

Kami semua bersalah dari sebuah kealpaan,

Saling mencuriga dan tidak mahu bermaafan,

Lalu engkau berada di tengah-tengah persengketaan,

Inilah natijah dari keegoaan yang tidak kenal sempadan

Adib,

Aku terkelu dan sukar mencari kata-kata,

Berita pemergianmu, tidak disangka,

Aku masih mengharap, engkau boleh berbicara,

Mengkisahkan pesan kepada anak cucu kita,

Jangan berulang lagi babak yang meluka,

Negara ini bakal kita wariskan kepada seluruh anak bangsa

Adib,

Damailah kamu di pusara, yang akan tercatat dalam sejarah,

Aku mengharap seluruh warga turut mengambil ibrah,

Bahawa Tuhan berpesan, hiduplah dengan pasrah,

Dalam rasa keinsanan dibina ukhwah,

Kami berazam tidak akan mengulangi permusuhan yang membawa belah

Sesungguhnya negara ini terlalu mahal dan terlalu indah

untuk dibiar punah.

Azmi Hamid,

1.09am

Dec 18, 2018

Shah Alam, Selangor